top of page

Kenali KLBW

Kek Lapis By Wai adalah pembekal kek lapis aiskrim VIRAL No 1 di Malaysia. Produk dari Semenanjung keluaran Muslim dijamin halal dan 100% buatan tangan. 

KLBW mempunyai hampir 30 jenis perisa kek lapis dan kesemua resepi telah diolah dengan cermat agar dapat dinikmati oleh semua peringkat umur dan pelbagai bangsa.

Kisah Kak Wai

Kak Wai merupakan founder kepada KLBW. Perniagaan ini bermula dengan menjual kek lapis secara kecil-kecilan di rumah sahaja. Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat, dek permintaan kek lapis yang menggalakkan telah mendorong Kak Wai untuk menubuhkan sebuah perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Dan perniagaan di beri nama sebagai Dalleck Enterprise, dimana Dalleck bererti 'Rezeki" dalam bahasa bugis.

 

Pada tahun 2019, Dalleck Enterprise telah beroperasi secara rasmi di rumah. Permintaan semakin meningkat dan ramai prospek mendaftar sebagai distributor.  Kak Wai berjaya menyewa sebuah premis untuk dijadikan sebagai ruang pemprosesan kek lapis. Pada Februari 2021 pula, Kak Wai berjaya menyewa sebuah lagi premis bersebelahan premis pertama asbab dari permintaan yang semakin banyak dan pertambahan pekerja.

 

Matlamat Kak Wai bukanlah semata ingin menjual kek lapis sahaja tetapi turut membuka ruang kepada orang ramai di luar sana untuk sama-sama menjana pedapatan dan melahirkan lebih ramai usahawan.

photo_2021-05-09_10-08-09.jpg

VISI

Menjadi pembekal makanan terkenal di seluruh Asia menjelang tahun 2021

Jom Singgah  

No. 5 & 6, PTD 3300, Jalan Parit Permatang, 83200 Senggarang,

Batu Pahat, Johor

: 011-56505645 

: 018-7749072

bottom of page